Friday, October 24, 2008

Makan Sushi

Malam tadi Apis ajak aku pegi makan sushi kat Sushi King. Wah, sedapnye lah sushi tu. Lama betul aku tak makan (br je awal bulan ni aku makan). Selama 3 tahun lebih aku dengan Apis, nilah pertama kali aku dengan dia pegi makan sushi. Dia tak suka eastern food. Tapi sebab aku suka sangat makan sushi ni, sampai dia pun aku paksa makan. Huhuhuhu…… Sedap nyer…. Rasa macam malam ni pun aku nak makan lagi sushi.

IMG_3033 Sedap….

IMG_3035 California Temaki, favorite aku…

IMG_3036

Apis makan yang ni sebab takut nak makan yang lain

IMG_3039

Sakana Fry ni pun sama jugak dia yang makan.

IMG_3037

Ringo juisu dengan ocha ni minuman kami…

IMG_3041

Black Pepper Udon. Lama betul tak makan

IMG_3042

Monday, October 20, 2008

Jogging di Wetland, Putrajaya

Semalam aku pergi jogging lagi. Tapi semalam walaupun dah jauh jogging aku tak muntah macam hari Sabtu. Mula-mula tu aku pergi kat Pusat Rekreasi Air, Taman Wetland. Tak de track jogging langsung. Tempat tu pun tak besar mana. Memang cantik, tp  tempat tu macam tak berjaga. Nak tak nak aku tetap jogging juga. Yelah ikut orang.

IMG_2977 

IMG_2949 Pemandangan tasik kat sini cantik IMG_2951

Rumput-rumput yang tak terjaga

IMG_2958 Ada banyak bangau kat tasik ni. Memang cantik pemandangan masa ni.

IMG_2963

Aku tak tahulah ni orkid liar ke tanam. Nampak tak berjaga.

IMG_2964

Tak wangi pun :P

Lepas dah jogging kat taman reakreasi tu, member aku ajak aku pergi  Taman Wetland. Tu pun aku dah merungut cakap tak puas jogging. Taman Wetland ni memang besar. Yang tadi tu pusat rekreasi air taman Wetland. Jogging kat sini memang betul-betul puas. Tempat kat sini memang sesuai untuk berjogging. Cantik.  Penuh dengan pokok-pokok. Yang lagi best ada kolam Flamingo.

 

 IMG_2978

Memang cantik Flamingo ni. Flamingo ni antara spesis burung yang tercantik di dunia ni. Warna putih, kaki panjang, lepas tu ada warna pink kat kepak Flamingo ni. Betina kot. Huhuhuhu….. Memang bulu Flamingo macam nilah, cantik. Jantan betina pun macam ni. Nama spesis Flamingo ni Flamingo Besar. Taburannya di sekitar Timur dan Selatan Afrika. Kebanyakkannya terdapat di kawasan lembah teras rekah.

IMG_2982

Flamingo oh flamingo

Flamingo ni bertelur sebiji je dalam satu masa. Pengeraman telur tu pulak selama 28-32 hari. Dah lah sebiji, nak menetas pun payah. Sarang burung ni macam mangkuk yang setinggi 5-18 inci dari lumpur.

IMG_2996

Papan info pasal Flamingo ni.

Saturday, October 18, 2008

Jogging

Hari ni aku pegi jogging dengan member aku. Dah lama tak jogging, pancit pulak. Stamina pun dah turun. Nak kata sibuk tu lah sibuk mana pun, cuma malas je.

Track jogging tu boleh lah di anggap mencabar sebab berbukit, tapi aku suka. Dah 3 bulan lebih tak jogging, tetiba jogging, dengan track macam tu, perghh, pitam juga kepala ni. Sampai muntah-muntah.

Kesian member aku tadi, kena tunggu aku. Yelah, selalu sangat berhenti. Pada hal, aku yang beria-ia mengajak dia pegi jogging. Dari boleh habis setengah jam jadi nak dekat sejam baru habis jogging.

Tetiba je nak jogging ni bukannya apa, risau tengok badan dah makin membesar bak johan. Masa raya hari tu, ramai dah member-member yang tegur aku ni dah berisi. Huhuhuhuhu…….

Masa untuk menurunkan berat badan. Bila dah lama tak jogging, sekali dapat jogging, rasa segar badan ni. Esok jogging lagi. Harharharhar….. Semangat ni nak turun berat badan ni.

Scramble Egg with Sausage

Resepi ni sesuai sangat untuk sarapan pagi. Sedap pulak tu. Sebelum ni selalu je makan telur hancur kosong, sesekali tukar selera dengan telur hancur ni, ok jugak aper. Senang dan cepat nak masak.

IMG_2936

Bahan-bahan:

3 biji telur

4 keping roti bakar (seeloknya roti gandum)

2 sudu besar susu rendah lemak

3 ulas bawang putih

Daun bawang dihiris

Sedikit lada sulah/lada hitam

Sosej

Metod:

Panaskan minyak dalam kuali kemudian masukkan bawang putih. Masak sehingga naik bau. Setelah itu, masukkan pula telur. Masak atas api yang sederhana panas. Hancurkan telur kemudian campurkan susu, lada sulah dan akhir sekali masukkan daun bawang. Setelah masak, letakkan telur hancur itu di atas roti. Goreng sosej dan hidangkan bersama dengan roti.

Kalau nak lagi sedap, sapu roti dengan garlic spread. Boleh juga makan dengana keju, tapi sedap makan masa tengah panas je.

Nyum…Nyum….Nyum….Sedapnyer.

Wednesday, October 15, 2008

7 Things





Lyrics



Siap Bab 4

Hari ni berjaya gak hantar bab 4 kat Pn Zaidah. Dah 3 hari aku nak jumpa dia tak dapat. Lepas 1 1/2 jam aku menunggu kat depan pejabat dekan, baru aku dapat jumpa dia. Tu pun nasib baik aku nampak dia keluar dari blok c (blok c kot, aku pun dah lupa tu blok apa).

Memang rasa macam tension lah kena duduk menunggu macam tu punya lama. Kalau tunggu Pn Zaidah tu tak per, sebab aku dah biasa menunggu dia, tapi aku tension kena tunggu pejabat PPSPP buka pukul 2. Dari pukul 11.50 aku menunggu, sampai pukul 1.30 ptg, lepas aku dapat jumpa Pn Zaidah, terus aku balik. Dah penat aku menunggu kat situ. Dah lah tu jadi bahan pameran aku kat depan pejabat dekan tu. Kalau ada buku nak di baca ok gak. Ni, satu aper pun aku tak bawa, bawa bab 4 yang nak aku hantar tu je.

Makmal komputer pulak full, kalau tak boleh layan internet sementara nak tunggu pejabat buka. Tension betul. Tak pasal-pasal hari Khamis nak kena pegi lagi.

Aku malas nak pegi fakulti sebenarnya. Susah nak cari parking. Kadang-kadang 2-3 kali kena pusing 1 fakulti tu baru dapat parking.

Sunday, October 12, 2008

Nuvafemme

Aku ada baca e-mail yang dihantar oleh kawan aku pasal Nuvafemme. E-mail tu kawan aku dapat dari blog The Obnoxious 5xmom . Aku tertarik dengan produk ni sebab produk ni berasaskan soya. Mula-mula tu aku memang macam ragu-ragu sikit sebab yang aku tahu supplement  yang macam ni agak berbahaya, tapi bila aku buka blog pasal Nuvafemme ni, banyak juga kebaikan untuk wanita terutamanya. Yang menariknya, lelaki pun boleh ambil supplement ni. 

Antara kebaikan yang dinyatakan:

istock_000003998574large1) Flawless, Supple and Fair Skin

Smooth, fair and flawless skin is the dream of millions of women around the world.

2) Moisturizing skin from the ‘inside out’

One of the most important discoveries is that, genistein stimulates skin cells to manufacture more hyaluronic acid. Skin with more hyaluronic acid is able to “trap” more water preventing moisture loss.

It is advisable to drink at least 8 glasses of water when on genistein supplement as hyaluronic acid will need the “extra” water to moisturise the skin from the inside.

3) Alleviating menopause symptom

Genistein is a natural and safer alternative to increase the level of estrogen in the body.

4) Keeps the calcium ‘lock-in’ the bones beyond Vitamin D

In a clinical study with genistein, Dr. Francesco Squadrito discovered that women who took 54mg of genistein a day have far denser bones than woman who are not. This amount is equivalent to 2 gallons of soy milk per day he told Reuters Health.

Lagi satu kebaikan produk ni, boleh besarkan payudara. Hohohohoho…….

 

kosmo5-300x200

Nuvafemme ni boleh beli di farmasi. Selama ni aku memang cari produk pemutihan wajah. Kulit muka aku ni memang ada masalah kulit kusam. Dah banyak produk aku cuba tapi tak selesai juga masalah aku ni. So, sekarang ni aku nak cuba produk ni pulak.

Aku tak tahu benda ni berkesan atau tak sebab aku baru je rancang nak beli. Jadi, kita sama-samalah cuba. Dah cuba baru tahu, berkesan ke tak.

Saturday, October 11, 2008

Blog????

Aku dapat benda yang menarik untuk ditonton ni dari hafidz.nasruddin.name.
Korang enjoy lah tengok video yang menceritakan pasal blog. 
Hmmm.... apa tu blog sebenarnya?

Friday, October 10, 2008

Gambar-gambar Raya

Raya tahun dengan family aku macam raya tahun-tahun sebelum ni. Cuma yang lainnya, tambah seorang ahli dalam family aku. Sape lagi kalau bukan si kecil yang cute sangat. Tahun ni aku ada rasa terkilan sikit sebab tak dapat pegi kubur adik dengan atuk aku macam tahun-tahun lepas untuk baca Yaasin. Apa-apa enjoy lah tengok gambar-gambar raya aku ni. Tak banyak sangat gambar yang aku amik. Cukuplah untuk suka-suka je.

IMG_2646 IMG_2638IMG_2655 IMG_2656 IMG_2672 IMG_2644 IMG_2662

Atas Nama Cinta

Atas Nama Cinta

Aku wanita yang punya cinta di hati
Dan dirimu dan dirinya dalam hidupku
Mengapa terlambat cintamu telah termiliki
Sedang diriku dengan dia tak begitu cinta

Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta

Atas nama cinta
Hati ini tak mungkin terbagi
Sampai nanti bila aku mati
Cinta ini hanya untuk engkau
Atas nama cinta
Kurelakan jalanku merana
Asal engkau akhirnya denganku
Kubersumpah atas nama cinta

Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta




lirik lagu indonesia

Ayat-ayat Cinta

Lirik Lagu Rossa - Ayat Ayat Cinta

ayat ayat cinta lirik

Desir pasir di padang tandus

Segar sang pemikiran hati

Terkisah ku di antara

Cinta yang rumit

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung Kupertaruhkan
Maafkan bila ku tak sempurna

Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh

Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus kutinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Video Klip Rossa - Ayat Ayat Cinta

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video


powered by lirik lagu indonesia

Kek Raya

Raya tahun ni, aku buat 3 kek coklat, 1 kek cheese. Satu malam suntuk aku tak tido. Satu kek tu, aku amik masa lebih kurang 2 jam lebih nak masak. Nilah kali pertama aku buat kek menjadi. Sebelum ni asyik tak jadi je. Tapi kek cheese tu memang tak jadi. Bantat. Bantat-bantat pun habis juga :P


IMG_2635


Thanks Shafa sebab bagi resepi kek ni kat aku. Memang sedap kek ni (bukan aku yang cakap, tapi orang cakap).


IMG_2633
IMG_2637

Musang Pandan

Masa raya ke-3, bapak aku dapat tangkap 2 ekor anak musang. Mak aku cakap tu anak musang pandan. Patutnyer bau wangi, tapi masa kau amik gambar musang-musang tu, tak wangi pun. Ibu musang tu beranak kat dalam bumbung rumah aku. Angah aku cakap ada 3 ekor semuanyer. 1st time aku tengok musang pandan dekat-dekat.

Aku tak tahu bapak aku nak buat apa dengan anak-anak musang pandan ni. Aku tengok yang seekor kena kurung, yang seekor lagi ada tidur kat bawah rak kasut. Memang pasif musang ni waktu siang. asyik tido je aku tengok. Bila malam pulak aku dengar bukan main bising lagi.

IMG_2680

IMG_2677 IMG_2682

Beruang Kutub-Polar Bear

Aku terbaca satu artikel dalam blog janggeltrekker's life pasal beruang kutub bertukar warna bulu dari putih ke warna hijau. Pelik juga bila aku baca artikel tu. Macam mana lah beruang tu boleh bertukar warna hijau pulak. Mungkin nak ikut perkembangan fesyen terkini agaknya.

polar 2   Lihat bulu ku, cantikkan. Fesyen terbaru musim bunga tahun ni tau.

polar

Menurut artikel Green polar bears puzzle zoo visitors

Three normally white polar bears at Higashiyama Zoo and Botanical Gardens in central Japan changed their color in July after swimming in a pond with an overgrowth of algae.

"Visitors seem to be shocked by the color, and we are asked every day why they are so green," he said.

High temperatures in July and August and less-frequent water changes because of the zoo's conservation efforts caused an algae growth in the bear pond and safety moat, Kurobe said.

Algae that enters hollow spaces in the bears' fur is hard to rinse off, he said.

Orang semua tahu yang warna bulu beruang kutub ni warna putih. Tetiba tukar jadi warna hijau, jadi macam pelik semacam jek. Tapi aku ada terfikir gak, betul ke bulu beruang kutub tu betul-betul putih berseri-seri. Setelah berwiki-wiki aku terjumpa fakta menarik ni.

Bulu beruang kutub sebenarnya berwarna……. TIADA. Bulu beruang kutub jernih macam air, lutsinar. Bulu tu nampak putih sebab pantulan cahaya matahari. Sebab yang sama jugak kenapa salji kat kutub tu nampak putih.

792px-Polar_Bear_2004-11-15

Tuesday, October 7, 2008

Selamat Hari Raya

Minna san (kawan-kawan semua),

Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan Batin.

Raya tahun ni bagi diri aku penuh dengan kejutan. Kejutan pasal kawan-kawan yang dah ramai bertunang dan kahwin. Yang dah ada anak pun ada. Selain tu, aku memang sangat-sangat tak sangka yang ramai member-member masa sekolah rendah datang rumah aku  beraya. Ada antara diorang yang aku dah tak jumpa selama hampir 11 tahun (tak perasan dah tua rupenye aku ni). Tak sangka diorang still kenal aku lagi.
 
1_764307640l

Kitorang luangkan masa kitorang main bowling. Walaupun ada sesuatu yang teruk berlaku masa tu dikalangan member-member aku, tapi aku hormat dengan cara diorang yang memang profesional sebab tak tunjuk krisis antara diorang. Apa-apa pun trimas korang semua sebab buatkan raya aku tahun ni jadi lebih meriah dan bermakna.
 
1_463203008l 1_176721883l

Selain dari kejutan tu, ada juga kejutan lain. Ada seorang Pakcik ni yang memang rapat giler dengan family aku, rupanyer bapak member aku yang aku dah tak jumpa hampir 7 tahun. Memang kecil betul dunia ni kan.

Citer member aku yang dah kahwin dan bertunang senyap-senyap tu, memang buat ramai member lain kecil hati. Yelah, kitorang yang rapat tak tahu diorang dah bertunang, tapi orang yang tak rapat pulak boleh tahu. Memang masa raya tu teruk lah kena perli dengaan member aku yang lain. Aku pun perli gak lah, saja nak hangatkan suasana. Ahaks... Citer-citer tu buatkan member-member aku yang lain sampai dah tak boleh nak kecil hati lagi dah.

Bagi diri aku, aku tak kisah sangat, hak diorang nak beritahu ke tak. Lantak ler, asalkan aku bahagia dengan kehidupanku. Bahagia dengan tesis aku yang tak siap-siap lagi ni (bahagia ker?, uhukkk... sedih bila ingat tesis).

Anyway, kepada semua kawan-kawan yang dah kahwin dan bertunang, tahniah aku ucapkan. Sorry masa raya tu aku perli-perli dan ngumpat korang. Gomen ne.... Tak kurang jugak yang nak bertunang, aku ucapkan tahniah. Jangan korang dok perli-perli orang, nanti masa korang bertunang pulak tak nak beritahu orang. Tu memang kes paku dulang paku serpih.

Aku? Aku tak tahu lagi bila. Buat masa sekarang ni aku nak kejar impian aku dulu. Nak enjoy puas-puas hidup membujang.
 
1_903054381l 1_195394170l1_678363970l
1_835709937l

Bila Orang Melaka Bercakap, part 2

Masa Pakcik aku datang rumah aku hari tu, dia ada cakap dengan mak aku yang dia masa bulan puasa ni memang sibu giler, sampai malam raya. 

Dia ada citer kat mak aku yang Pak Lang aku minta tolong Pakcik aku catkan rumah dia, pakcik aku cakap dia sibuk, nanti malam lepas cat rumah aku, Pakcik aku cat rumah Pak Lang aku. Yang bestnyer, Pak Lang aku cakap dengan dia 
Kau kalau tak nak tolong aku, nanti bila kau mati nanti siapa nak angkat mayat kau?
Yang ni memang kes mengugut dah ni. Nak tak nak kena tolong jugak, bila dah mati, adik beradik yang tolong angkat jenazah kita. 


Raya sakan tahun ni

IMG_2618 IMG_2600

Sesi mengecat rumah. Memang meriah masa ni. Pak cik dan busu aku ada datang tolong, memang dah cukup riuh lah rumah aku masa ni. Aku pun mengecat sama jugak, tapi selekeh. Harharhar…… memang tangan tak der seni langsung.

 

IMG_2601 IMG_2606

Warna orange lembut dengan hijau ni antara cat yang mewarnai rumah aku. Huhuhuhu…… Rumah aku tahun ni memang meriah dengan warna cat. Ada 6 warna semuanya. Biasalah bila dah banyak sangat tangan seni yang nak menunjukkan skil, jadi macam nilah.

 

IMG_2619

Ni cat warna hijau yang tadi tu. Memang kecoh lah bila dah cat kat luar rumah. Cat ni warna yang dah kena bancuh. Angah dengan mak aku yang pilih. Bila dah cat, memang tak cantik sangat. Tapi nak sedapkan hati, cakaplah jugak cantik. Angah aku dia tak nak mengaku dia yang pilih cat ni. Boleh pulak dia salahkan mak aku. Tapi last jadi cantik jugak bila beranda rumah aku tu di ton dengan warna hijau muda. Tu pun aku punya idea.

 

IMG_2607

Ni jenis cat yang angah aku beli. Memang bagus. Ada juga bahagian dalam rumah yang guna cat jenis ICI. Walaupun warna cat tak cantik, tapi jenis cat cantik. Warna tak nampak pucat, dah  tu berkilat. Aku tak pakar sangat pasal cat ni. Tapi apa yang aku tahu, memang cat ni dengan jenis ICI tu bagus.